Thursday, 26 July 2012

Aq & kisah balik cuti part 1

Aq rasa semua student excited bila cuti ! tipu la kalau dak.. aq dah 8thn rasa  pengalaman balik bercuti ni..start dari zaman sekolah sampai la skg ni..pantang ada cuti mmg celapak balik kg! yg seronok sebenaqnya time nak balik tu ja, dah sampai rumah xdak pa pun..besa ja.. xkisah la cuti public holiday ka,midterm break ka,cuti semester ka..mmg excited! Tambah plak kalu dapat cuti kapit kan..cuti khas hari jumaat @ isnin,mknanya dapat 3 hari cuti! rugiii oo sapa xbalik kg time tu..

Mengikut pengalaman aq yg lepas2..benda yg aq paling titik beratkan bila aq tercampak kat satu2 tempat (dapat tawaran belajaq) aq mesti cari org tempatan dulu.. tnya mcm na nak keluaq dari kolej..nak kena naik apa, tgu kat mana, pas tu kat mana stsn terdekat, apa public transport yg ada utk sampai ke rumah aq n tambang brp..aq xpentingkan pun ada kwn @ x yg sejalan ngn aq..tu semua belakang kira! tgk..semangat xsemangatnya aq bab2 balik kg ni.. bak kata Asmira Norddin perkenalan aq ngan dy bermula sbb aq dok tnya dy mcm na aq nak balik kg.. ni zaman diploma.. tp hari ni aq nak story dulu kisah aq balik kg zaman sek..


Tarikh ni mmg aq xkan lupa sampai bila2.. Hari Sukan Sekolah + bufday aq + cuti khas + Balik kg!  29/04/2004! check calender tgk hari apa..aq rasa khamis


Seronoknya hari sukan sekolah hg xpayah cerita la..time ni la hg nak tgk hg punya hero2 sekolah beraksi..sbb kat sekolah aq yg popular time ni bdk2 PKBM ngn atlit2 sekolah..kebetulan pulak bath aq mmg la ramai muka yg boleh market bek laki pmpuan sama naik ok..so ushar la..aq xwakil rumah sukan pun..masuk kawad perbarisan ja..(xberbakat la acara padang ni)


Lepas habih sukan sekolah,kat cn la cerita tu bermula.. (panjang kan intro aq)



Ni gambaq sek aq yg aq amik dari blog.. 

Kaluit2 aq naik tukaq baju outing..mmg xmandi dah! (ni bkn sbb excited nak balik,tp kena rush sbb nak kejaq feri n bas kat  seberang) ok aq sekolah kat Sekolah Menengh Teknik Tunku Abdul Rahman Putra atau nama ringkasnya Teknik TARP @ TI Penang dekat ngn Masjid Negeri


Lebih kurang ni la public transport kat penang time 2004/2005
sources: Google

Dulu zaman aq sekolah mana ada lg bas rapid kat Penang..yg ada pun bas mcm yellow bas penang..(xsalah aq TATA kot warna Putih Biru) tu pun kena pilih nak naik..aq mmg xkan naik bas yg xdak ekon kecuali terpaksa! dipendekkan cerita..aq sampai jeti ngam2 feri last! Hati aq berat kata mmg xdak dah bas nak balik Parit Buntar..tp dah sekerat jalan xkan nak patah balik p asrama..sapa ja yg ada? so aq teruskan perjalanan. Time dok dalam feri tu mmg aq menyumpah driver feri tu..bawak feri lambat! lembap! Dok tengok  jam jgn cerita la..sat2 perati jam..


Ni stesen butterworth lama..kalau mlm cuba la bayangkan..















public transport utk sampai parit buntaq..aq selalu naik bas trans ja..hehehe

Dah bnyk pun aq menyumpah driver feri tu.. akhirnya sampai la kat seberang..aq dah xpk org..xtgk kiri kanan dah..mmg menonong keluaq cari bas. yg malangnya bas nak balik parit buntaq ada 2 ja! sama da balik nek bas trans national xpun bas bumiwira..aq melilau cari..xdak! time tu jgn cerita la mcm na perasaan aq.. (dulu stesen bus kat butterwoth yg lama..gelap k..org pun dah xramai2 mlm) dah la pmpuan kan,balik sorg2,mlm2..bas xdak..time tu dah dekat pukul 10 pun. p tnya kaunter kata bas dah jalan. masak aq..nak balik naik pa? xkan la nak suh abah aq pulak mai ambik?

Time tu mana ada bawak hand phone p sekolah..aq pun p la cari public phone kat stsn ketapi ..niat hati mmg nak suh ja abah aq mai ambik tp aq rasa mcm menyusahkan pulak..Aq pun telefon la parent aq bgtau aq lambat balik sbb bas xdak..lebi kurang mcm ni la perbualan aq ngn parent aq time tu

Aq: mak cek balik lambat cikit tau..bas xdak ni


Mak: da tu mcm mana hg nak balik kalau bas xdak?


Aq: Ni cek ada kat stesen ketapi..sat g cek p tnya kot ada lg tiket balik parit buntaq..sat g cek telefon balik


Aq pun p la masuk stesen ketapi tu, p kat kaunter tiket tnya tiket ada ka xdak..dah terlepas..kalau nak kena tgu pukul 11 punya..aq xmau la..pk lambat! aq dah nak balik ni..lg lama aq tgu xtau apa akan jadi nti.. so aq pun tepon la parent aq balik. kali ni abah aq plak yg jawab..dgn abah aq kena berhemah bila bercakap!

Aq: Bah,tiket train pun dah abih. nti cek tnya tengok bas mana lagi ada jalan lalu parit buntaq


Abah: haa,xp la..hg tanya la bas lompat2 yg dok lalu jalan kampung tu..rasanya ada lg kot. kalau xdak gak,nti hg bgtau abah lain..abah nak besiap amik hg.


Aq: xpa la bah..cek p tnya dulu. nti cek tepon len bgtau.


Time tu mmg aq geram sgt2..mmg aq salahkan semua la..salahkan sekolah yg bt hari sukan sekolah! salahkan bas tata yg lambat! salahkan feri yg lembap! salahkan syaritkat bas yg jalan sampai pukul9 ja! Aq ja yg xsalah..huhuu


Tengah aq pening2 pk mcm na tu la aq ternampak sorg bdk 1 kos ngn aq farhan Powzi, org pangey Paan..aq rasa dy mcm naik satu bas ngn aq cumanya xpasti. Kena la tanya kot dy ada tunggu sapa2 ka..Dlm hati mmg berniat nak tumpang! Sembang punya sembang rupanya dy pun terlepas bas nak balik. Dy slumber ja kata dy nak tdq kat stsn ketapi tgu bas pg2 esok.. kalau kwn dy xleh mai antaq dy balik mlm ni. ceiitt kalau aq ni laki mmg dah lama aq tdq tp pk diri ni pmpuan aq batalkan ja niat. lg pun aq dah janji nak balik ngn parent aq.  Aq ajak dy balik ngn aq  (dah kami senasib) Aq bgtau dy.. ada bas yg lalu jalan kg..tp kena kautim la ngn pakcik bas tu mcm na..sbbnya mmg tu ja la harapan yg ada.

Time tu mmg aq ketepikan semua perasaan malu semata2 nak balik kg punya pasai..aq mmg confident la yg pakcik bas tu akan jalankan bas dy bawak aq balik parit buntaq! Aq cakap ngn Boan biaq aq setel.. Sembang punya sembang, akhirnya pakcik tu pun mau la jalankan bas dy p parit buntaq sbb dy mmg lalu situ nak balik rumah tp dy kata xmasuk stesen parit buntaq..aq pun xpa la..dah tu ja yg ada..pk nak balik punya pasai aq redha ja la dari tdq kat stsen ketapi mcm cadangan paan tu mmg xla! 

Memang pakcik bas ni berjasa ngn aq.. terima kasih 
(tapi aq dah lupa sapa dy..malam kan..mana sempat nak tgk muka & berkenalan bagai)

Akhirnya pukul 11 lebih..sempat la aq tgk train menghala ke parit buntaq lalu..baru la kami naik bas.. Aq mati2 la igt pakcik bas ni lalu highway..rupanya dy lalu jalan kampung..addooiii pakcik..dah kata habih syift, awat yg p lalu jalan kg lg? aq nak cepat sampi rumah ni! pakcik tu kata dy xbesa bwak bas jalan highway..aq pun diam ja la..nak kondem bnyk2 sat g pakcik tu suh turun mmg tidoq kat stesen ketapi la aq!

Aq dah ngtuk..badan dah penat..aq siap pesan ngn pakcik bas..kalau sampai parit buntaq kejut..jerit kta dah sampai..aq nak lena..padahai bkn leh lena pun..dlm bas yg besaq tu 3 org ja..rasa mcm xselamat..yg boan dah lama mengeruh tdq! aq tdq2 ayam ja..akhirnya sampai la aq kat parit buntq dlm koi 1 lebih..ngn penat xpayah cerita la..ngtuk lg..kami pun jalan kaki la p stesen..ada la dlm 10 minit mcm tu jalan dari jalan besaq.


hg boleh bayangkan x mcm bersungguhnya aq sebab nak balik kg punya pasai.. sejak dari hari tu..aq dah xheran dah kalau aq balik sorg2..bkn nak cakap besaq..cumanya pengalaman tu yg buatkan aq jadi berani..


nota kaki: 


aq mmg berterima kasih sgt2 kat pakcik bas tu..kalau bkn sbb dy aq xtau la pa jadi mlm tu


sebenaqnya sampai hari ni aq xingat knp aq boleh balik sorg2 sbb sebelum2 ni aq balik kg dgn Ija n Jue.. aq mmg xigt pasai pa..yg aq tau kisah balik kg ni mmg aq akan kenang sampi bila2..

No comments:

Post a Comment